Legasi Tun Razak Selepas 50 Tahun: Daripada Peringatan Kepada Pemerkasaan Demi Masa Depan Malaysia

14 Januari 2026 ini genaplah lima puluh tahun pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein. Bagi ramai orang, beliau lebih dikenali sebagai simbol sejarah – nama pada bangunan, potret pada tugu, atau bab di dalam buku sejarah.