PROGRAM KEPIMPINAN

Program Kepimpinan Tun Razak

Yayasan Tun Razak dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) bagi lepasan SPM pada setiap tahun. Program yang diadakan sebelum lepasan SPM memasuki institusi pengajian tinggi ini disertai oleh pelajar-pelajar terbaik serta pemimpin pelajar seluruh Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Pemilihan untuk mengikuti program ini adalah melalui interview, setelah pencalonan mereka dibuat oleh pihak sekolah.

PKTR diadakan selama 2 minggu dan bertujuan untuk mempersiapkan pelajar ke pusat pengajian tinggi dan memberi pendedahan kerjaya kepada mereka. Menerusinya peserta berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan ketua eksekutif syarikat korporat, negarawan, professional muda dan mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Program sampingan antaranya homestay, khidmat komuniti, cabaran lasak turut diadakan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan peserta.

Ia mula diperkenalkan pada tahun 1993.